UPM : Kolej Kediaman Ke-13

Short News

Salam Aidilfitri
Pihak Pengurusan Kolej Tiga Belas mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H maaf zahir dan batin kepada semua warga Kolej Tiga Belas
 
Program Ihya' Ramadan 1431H

26 Ogos 2010 - Bubur Lambuk Perdana

31 Ogos 2010 - Khatam Quran, Majlis Berbuka Puasa Perdana bersama Anak Yatim Siraman Kasih, Rawang

 

 
Penghargaan
Pihak Pengurusan Kolej Tiga Belas mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbangkan jasa bakti dalam pelbagai acara atau pertandingan yang dijalankan..
 
ALUAN PENGETUA
 
 

 
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
 
             Pertamanya, ayahanda ingin mengucapkan rasa kesyukuran kerana kita masih diberi peluang untuk membuka lembaran baru hijrah 1431 dan tahun baru 2010. Selamat kembali ke teratak kedua anakanda sekalian.  Ayahanda amat merindui anakanda semua. Diharap anakanda sekalian telah memenuhi cuti semester yang lepas dengan pelbagai  aktiviti yang berfaedah.

             Sebelum ayahanda memulakan bicara, ayahanda ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada anakanda yang yang telah berjaya dengan cemerlang pada semester yang lepas. Semoga kejayaan yang anakanda kecapi akan menjadi titik permulaan untuk anakanda terus berjaya di masa akan datang. Kepada anakanda yang kurang bernasib baik, tingkatkan usaha, biar rebah jangan berubah. Ingatlah wahai anakanda, di mana ada kemahuan, di ditu ada jalan, anakanda mampu melakukannya.
 
             Sekembalinya anakanda sekalian ke Kolej Tiga Belas, pasanglah niat dan berhijrahlah kepada yang lebih baik untuk semester yang baru ini. Kembalilah dengan semangat yang baru agar anakanda menjadi mahasiswa yang lebih unggul, menyerlah dan Berjaya pada semester yang baru ini.

             Belum terlambat kiranya ayahanda mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana, terutamanya kepada pelajar lepasan Asasi Sains Pertanian. Semoga semester yang baru ini dapat menaikkan semangat anakanda untuk menuntut ilmu dalam suasana kolej yang lebih kondusif dan efektif dalam usaha anakanda sekalian untuk mengecapi cita-cita anakanda masing-masing.   

             Selain itu, tahniah juga ayahanda ucapkan di atas pelantikan baru ahli Majlis Tertinggi Mahasiswa(MTM) Kolej Tiga Belas bagi sesi 2009/2010 yang kini memegang tampuk kepemimpinan pelajar-pelajar Kolej Tiga Belas. Di harap semua ahli MTM yang baru dapat menjalankan tugas dengan baik dan penuh bertanggungjawab dalam memastikan Kolej Tiga Belas terus maju dari aspek kebajikan, akademik, dan kesahsiaan pelajar.

             Akhir kata, ayahanda berharap agar anakanda sekalian dapat memberi kerjasama kepada ahli MTM  dalam semua rencana yang telah dirancang pada semester kali ini dan seterusnya anakanda  dapat merealisasikan visi dan misi Kolej Tiga Belas yang tercinta ini.

 

Sekian.

Dr. Arifin Abdu

Pengetua

Kolej Tiga Belas, Universiti Putra Malaysia

 

 

 

 
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI KOLEJ 13