|

INTELECTUAL DISABILITY MUSIC THERAPHY WITH SAYURI SYIRAI 2016

KOLEJ TIGA BELAS, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA dengan kerjasama, Pelajar Siswazah Fakulti Pendidikan UPM,nKyutech Institute Of Technology dan Potential Enhancement & Caring Education (PEACE) telah menganjurkan satu program Intelectual Disability Music Theraphy With Sayuri Syirai 2016 pada 27 November 2016 yang lalu bertempat di Dewan Putra 1, Kolej Tiga Belas UPM. Program yang bersifat santai ini merupakan julung kalinya diadakan bagi menghargai bakat Sayuri Shirai, seorang gadis Jepun yang menghidapi Down Syndrom. Gadis cilik yang berusia 20 tahun ini mempunyai minat mendalam terhadap seni muzik dan telah berjaya memukau orang ramai dengan bermain alat muzik marimba.

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk mendekatkan mahasiswa terhadap golongan kurang upaya dan memberi galakan berterusan kepada mereka dalam industri seni muzik. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk melahirkan mahasiswa serba boleh dalam pelbagai bidang khususnya dalam aspek kesenian dan kebudayaan.

Bapanya Prof Dr Yoshihito Shirai, Pengarah Kyushu Kampus Institut Teknologi Malaysia Super Satelit di UPM berkata, dia dan isterinya telah cuba untuk mengembangkan bakat Sayuri dalam seni muzik dengan mendaftarkan beliau dalam kumpulan prestasi untuk kanak-kanak kurang upaya sejak kecil lagi di samping beliau juga mula menunjukkan minat dan menyerlahkan bakatnya di dalam kelas

Bertemakan “Muzik dan Terapi”, program ini telah menyediakan persembahan istimewa seperti tarian kuda kepang dan dikit barat yang disertai oleh Sayuri Shirai serta beberapa pelajar daripada Kolej Tiga Belas sendiri. Pada malam itu juga, beliau telah menyampaikan beberapa buah lagu dengan alunan marimbanya.

Sayuri Shirai juga telah melakukan satu persembahan khas di Audotorium Fakulti Pengajian Pendidikan,UPM bersama murid-murid Fushion Lab UPM dan pelajar Kolej Tiga belas sempena Program Intervensi Terapi Komuniti untuk Murid Berkeperluan Khas Fushion Lab UPM 2016, anjuran fakulti pendidikan UPM dengan kerjasama Kolej Tiga Belas .

Diharapkan program seperti ini mampu memberi ruang dan peluang serta dapat membantu mengembangkan potensi diri golongan-golongan kurang upaya kerana seni muzik merupakan salah satu elemen utama dalam membantu proses membina intelektual golongan kurang upaya. 

Berita Lain...

SXERFAR~