BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 2016 |
» BERITA » BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 2016

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH 2016

SERDANG, 12 NOV 2016 – Kolej Tiga Belas telah menganjurkan “Bengkel Pengurusan Jenazah” yang bermula pada 12 NOV 2016. Program ini melibatkan kesemua pelajar Kolej 13 dan UPM. Program ini diketuai oleh Pengerusi 2, merangkap Pengarah program ini iaitu saudari Raden Nurul Afaf Kartini binti Zailan dan dibantu oleh ahli Majlis Tertinggi Sekretariat Kerohanian Kolej Tiga Belas yang lain serta para ahli jawatankuasa yang lain.  Objektif utama program ini adalah untuk mempersiapkan pelajar sekiranya berlaku kematian orang terdekat. Program ini juga menerapkan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar kepada semua warga Kolej Tiga Belas di samping mewujudkan semangat kejiranan dan kerjasama dalam kalangan warga Kolej Tiga Belas melalui modul aktiviti yang telah disediakan. Program bermula sekitar 9.30 pagi, kesemua peserta program mendaftar dan berkumpul di dalam Surau Orion. Penerangan secara teori disampaikan oleh Ustaz Mohd Asri bin Drahman. Sekitar 10.30 pagi para peserta berehat dan bersarapan pagi bersama-sama.  Kemudian praktikal dijalankan selepas bersarapan. Slot praktikal muslimin dan muslimat diasingkan. Slot praktikal muslimat diketuai oleh Ustazah Siti Rohani binti Muhamad. Antara slot dalam praktikal ialah memandikan jenazah dan mengafankan jenazah. Pukul 12.30 tengahari, program tamat dan bersurai. Kesemua pelajar memberi kerjasama yang amat jitu dan pelbagai bakat baru yang diperoleh.  Alhamdulillah program ini berjalan dengan baik . 

Tarikh Input: | Kemaskini: 04/04/2017 | alvinltz

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
SXEbGAk~